Pilihan raya 1995-2008 Junus_Wahid

Beliau menang bertanding DUN Slim sejak 1995. Pada 1999, Junus Wahid bertanding di DUN N52 - Slim. Seramai 21280 (66.5%) keluar mengundi. 705 undi rosak daripada jumlah undi 31981. Junus bin Wahid bertanding atas tiket BN - UMNO menang dengan mendapat 13348 undi dan majoriti undi 6121. Saingan beliau Mohd Termizi Ab Rahman dari BA - PAS hanya mendapat 7227.


Tahun 2004, Datuk Junus Wahid mengundurkan diri dan tidak bertanding. Khusairi Abd Talib BN/UMNO telah menang dengan mendapat 8,318 undi.Sementara Termizi Ab Rahman (Pas) mendapat 3,443. [1]

Selepas PRU12 yang mwenyaksikan Perak terlepas kepada Pakatan Rakyat. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS. Setelah undi sulit dibuat, Junus Wahid dikalahkan oleh Sivakumar untuk menjadi Speaker DUN Perak. Tahun 2008, Junus Wahid tidak bertanding dalam pilihan raya. Menurut Fasa 36A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seorang Speaker Dewan Negeri boleh dilantik bukan Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak.[2]

Sivakumar mendapat 31 undi mengalahkan Junus Wahid 28 undi.Hee Yit Foong (wanita DAP) dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak. Ini adalah kali pertama jawatan tertinggi dalam DUN Perak dipegang oleh dua orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam. Sivakumar bakal menjadi orang India pertama yang dilantik mengisi jawatan itu.Yit Foong pula dipercayai golongan orang kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai Timbalan Speaker Perak.Yit Fong tempang selepas diserang penyakit polio ketika berusia 4 tahun.[3]